(Komuniti) Majlis Malam Israk & Mikraj Tahun 2019 di Kampung Semop

4 April 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 03 April 2019 yang lalu, Pusat Internet (PI) Semop telah dijemput oleh AJK Masjid Darul Al-Amin & Penduduk Kampung Semop bagi menjayakan dan memeriahkan Majlis Malam Israk & Mikraj Tahun 2019 di Kampung Semop. Majlis ini berlangsung dari jam 6.30 petang hingga 8.30 malam yang bertempat di Masjid Darul Al-Amin Kampung Semop. Di samping itu, majlis ini merupakan aktiviti wajib yang akan dilaksanakan oleh pihak AJK Masjid bagi mengisi Malam Israk & Mikraj dengan aktiviti yang bermanfaat dan ketuhanan. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang majlis berlangsung adalah:

Aturcara Majlis:-
• Kehadiran Penduduk Kampung
• Solat Maghrib Berjemaah
• Bacaan Surah Yasin beramai-ramai
• Doa Tahlil Arwah
• Jamuan Ringan
• Bersurai
Tahniah & Syabas kami ucapkan kepada AJK Masjid Darul Al-Amin di atas penganjuran majlis ilmu dan bermanfaat ini. Semoga majlis seperti ini dapat mendekatkan diri kita kepada Allah S.W.T. In shaa allah.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali